Tuesday, February 2, 2016

BERNIAGA DI RUMAH




Assalamualaikum semua warga SOHO atau WAHM seantero dunia semua..

Hari ni mak jemah nak share apa perasaan mak jemah sekarang ni. Mak jemah terlalu berangan nak jadi salah seorang ahli SOHO atau WAHM aka Small Office Home Office @ Work At Home Mother.. Memang bila dah menginjak usia awal 30an ni, perasaan untuk bekerja sendiri di rumah semakin membuak-buak. Lagi pulak bila tengok anak-anak semakin membesar, rasa kesian tengok diorang bila balik sekolah kena transit di tadika.. Boleh dikatakan hari-hari jugak la budak-budak tu dok merayu & memujuk mak jemah supaya berhenti kerja.. Bukan apa, diorang ni sebenarnya lebih suka menghabiskan masa di rumah. Maklum la, bila balik sekolah mesti diorang ni letih. nak bermanja & melepak atas tilam.. tapi bila kena hantar ke sekolah transit ni, bukan boleh buat semua tu.. agak terbatas la jugak.. 

Bila jadi macam tu mak jemah kerap juga berfikir apa business yang sesuai utk mak jemah buat bila dah berhenti kerja nanti. Rasanya nak resign macam tu jer tak boleh la kot. Hutang bank banyak nak kena setel.. nanti bila resign mcamna nak bayar pulak kan.. jenuh plak mak jemah nak lari dari bank.. tak larat nak jawab phone call dari depa weii.. 

Ni ha antara perkara yang mak jemah perlu amik berat bila dah buat keputusan muktamad nih.. tips & trick yang mesti mak jemah kena buat kalau nak jadi SOHO @ WAHM yang berjaya.. chewahhh..   :)

Kredit kat aotribe.com.my.. saya pinjam artikel beliau agar saya boleh rujuk kembali di masa akan datang.. thanks aotribe.com.my... hihi... 

1. Mulakan Harian Anda Sama Seperti Anda Bekerja Di Pejabat
Seperti biasa, bangun awal pagi, mandi, sarapan, pakai pakaian yang kemas serta tetapkan pemikiran positif. Menetapkan rutin harian seperti gaya seorang usahawan profesional lakukan – ia akan membantu anda menaikkan lagi minda yang produktif dan proaktif.
2. Memiliki Mini Pejabat Di Rumah
Bukan senang hendak melakukan kerja tanpa gangguan dari sekeliling. Salah satu cara untuk atasi masalah ini adalah dengan membina satu ruang khas yang boleh direka bentuk kelihatan seperti bilik pejabat. Anda boleh menghias mini pejabat ini mengikut kemahuan anda. Jadikan pejabat kelihatan seceria yang boleh kerana anda akan meluangkan masa yang lama membuat kerja bisnes di dalamnya.
Lengkapkan mini pejabat dengan barang-barang keperluan asas seperti komputer, mesin pencetak dan telefon. Tetapkan peraturan mini pejabat, sebagai contoh tidak dibenarkan orang lain memasukinya jika tidak mempunyai urusan penting. Peraturan yang disediakan tidak perlu terlalu ketat seperti pejabat sebenar, cukup sekadar untuk anda mendapat fokus sewaktu kerja sedang dilakukan di dalamnya.
3. Mula 30 Minit Lebih Awal
Ini merupakan trik berharga yang dikongsi oleh ramai jutawan. Contoh, jika anda bercadang untuk melakukan kerja bisnes harian bermula pukul 9.00 pagi ini bermakna anda perlu berada di dalam mini pejabat pada pukul 8.30 pagi.
Gunakan 30 minit awal ini dengan sebaik mungkin. Anda boleh mula merangka kerja-kerja yang perlu dilakukan pada hari tersebut dengan cara menulis di atas kertas – jadikan kertas ini sebagai senarai semak. Jika masih mempunyai masa terluang, anda boleh melayari internet dan media social untuk mencari info yang berguna atau mencari bahan-bahan yang boleh menambah tenaga positif diri anda. Tonton video-video lucu yang boleh menceriakan anda, secara tidak langsung ini akan membantu anda bermula kerja dengan keadaan gembira dan tenang.
4. Pelan Kerja Mengikut Keutamaan
Susun kerja mengikut keutamaan, ini bermakna kerja yang mempunyai tarikh paling terdekat untuk dihantar ke pelanggan perlu disiapkan terlebih dahulu. Jangan tunda kerja walaupun kerja itu rumit, bina pelan kerja dengan teratur agar anda tidak menghadapi masalah dikemudian hari.
5. Kekal Berhubung Dunia Luar
Kerja di rumah kadang kala akan membuat anda berasa kesunyian, gunakan media social seperti Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan lain. Berborak dengan mereka sebentar untuk hilangkan stress diri, perbualan tidak semestinya berkaitan dengan bisnes, anda boleh borak apa-apa sahaja yang anda suka. Selesaikan kesunyian, kemudian sambung kerja semula.
6. Waktu Tamat Bekerja
Tetapkan waktu tamat bekerja. Ramai orang mampu bekerja 24 jam tanpa henti, tapi apa gunanya jika kerja tanpa henti yang boleh menyebabkan minda dan fizikal keletihan atau mungkin boleh mendatangkan masalah kesihatan. Waktu tamat bekerja terpulang mengikut kehendak anda, mungkin anda ingin tamat seperti waktu pejabat sebenar 5.30 petang atau awal dari kebiasaan seperti pukul 3.00 petang.
Jangan seksakan diri dengan beban kerja di rumah, anda mempunyai kuasa untuk menguruskan beban ini dengan sebijaknya. Ini kerana anda merupakan bos kepada diri anda!
SELAMAT BERJAYA MAK JEMAH.. HIHI  WISH KAT DIRI SENDIRI DULU K..

Saturday, May 31, 2014

DURIAN CREPE

Setelah beberapa kelas aku pegi.. setelah beberapa resipi aku cuba.. finally dapat resepi yang aku rasa memenuhi standard & piawaian. 
Puas hati juga dengan hasil crepe ni. Sangat gebu & lemak berkrim coz hanya gunakan fresh cream yang terbaik.

Sesiapa yang nak order boleh mesej yer.. Nak jadi dealer pun boleh. Tak perlu yuran ahli atau apa ker.. just untuk first order kena 10 kotak keatas.. automatic dapat jadi dealer.. tapi ada la juga syarat2 lain...  so apa2 hal pun mesej dulu yer kalau berminat nak order / jadi dealer...





Wednesday, January 22, 2014

ROTI GEBU DAN MOIST (MACAM ROTI KEDAI)

Hai... hari ni tak plan nak share gambar roti yg aku hasilkan. kalau ikutkan banyak dah roti aku buat.. dari resipi yang aku belajar personal class yang reganya mahal2 giler hinggalah yg aku belajar kat mr. google ni. Tapi rasa culas sangat nak amik gambar roti2 tu.. sebabnya, siap jer masak terus ngap dalam mulut anak2.. :)

So, hari ni aku nak share satu video yang aku dapat dr mr. youtube.. method yang sama aku pakai iaitu tambahan water roax.. (betul ke eja ni)... 

Jom tengok...


Selamat meroti yer...

Sunday, April 21, 2013

MELTY CHEESE & SUPER CHOCOLATE MOIST CAKE

Hari ni agak sibuk menyiapkan order para pelanggan... 

Order dari Kak Ros.. 

Repeat order Office mate; Fatimah/Asmawi/Kak Mona



CUPCAKES AND MORE

Cupcake yang memang famos amos kat Aroma The Bakers Cottage.. Alhamdulillah, berkat kesabaran, biz semakin berkembang. Alhamdulillah...

Topping Kuning: Cup cakes butter
Topping Marble Kuning/pink: Strawberry cupcake

Topping Biru: Coklat Moist (Lembab)

Topping full Pink: Peanut Butter Cupcake






Thursday, April 4, 2013

KELAS MASAKAN HANYA DI AROMA THE BAKERS COTTAGE


Jadual kelas untuk bulan april. Booking ikut keperluan anda di Arome Ingredient:-

* 13/4/2013 - kelas coklat buatan tangan RM150- (9.30 pagi - 5.00 ptg)
* 20/4/2013 - kursus hasilan roti dan bun RM250) - (9.30pg - 5.00 pth)
* 27/4/2013 - kelas biskut raya warisan RM60 - (9.30 - 1.00tgr)


hubungi 013-2983980 untuk maklumat lanjut

   

Friday, August 10, 2012

ZAMANI HOMESTAY

DENGAN INI KAMI INGIN MEMPERKENALKAN PRODUK & SERVICE KAMI YANG BARU 

Homestay ini diberi nama Zamani Homestay sempena nama gabungan 2 orang puteri kami dan maka jadilah






beralamat di:
No. 61,
Lorong Meranti, Taman Jerai Emas,
08300 Gurun Kedah.

Niat nak buat homestay sebenarnya dah lama, tapi selalu bertangguh coz tak berapa confident dengan pasaran sewaan homestay kat gurun ni. Tapi hasil study & survey, barulah confident nak set up homestay. 

Dengan ekses dan kemudahan yang ada, kami percaya perkhidmatan kami ini akan memberikan keselesaan kepada anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari:

http://www.zamanihomestay.blogspot.com. 

BERBAGAI RESIPI

OUR LOCATION

Loading...

WidgetBlogger Headline Animator