Wednesday, June 8, 2011

COKLAT TRUFFLE

My favorite truffle. Rich with milk.. yummy

Hari ni saya nak kongsi resipi membuat coklat Truffle. Sebenarnya bagi orang Inggeris, coklat truffle adalah coklat tulen yang di campur dengan krim susu & mentega. Ia akan dimasak sehingga pekat & disejukkan dalam peti sejuk sehingga keras. Tapi bagi orang Malaysia pula, coklat truffle adalah coklat yang menyalut kekacang/raisin/cornflakes. 

Ok. Hari ni saya nak share satu resipi coklat truffle yang selalu saya buat. Ia sangat mudah semudah 1 2 3.. 
  
Ni hasilnya...


Bahan-bahan
500 grams Coklat Tulen 
1/2 cawan heavy cream
perisa yang anda suka (perisa strawberry berasaskan serbuk atau minyak)

Cara-cara
Panaskan heavy cream diatas api yang sangat perlahan. Bila dah panas masukkan coklat & cairkan & masukkan pula perisa kegemaran anda. 
Kacau2 sehingga ia betul2 sebati.
Bila dah sebati, tuang atas bekas / mangkuk dan keraskan dalam peti sejuk semalaman. 
Esoknya, bila dah agak2 keras boleh la anda bulat2/kepalkan.
Celup dalam coklat pure yang telah ditemper dan hias ikut kesukaan. 

Selamat mencuba...







BERBAGAI RESIPI

OUR LOCATION

Loading...

WidgetBlogger Headline Animator