Thursday, September 8, 2011

LAGI SEBAHAGIAN TEMPAHAN COKLAT

Coklat ni di tempah oleh Kak Solehah dari Alor Setar. Tempahan di buat malam tadi (coklat truffle strawbery, praline cuppucino, almond and crunchy almond truffle). Coklat ni dibuat menggunakan coklat pure (converture)







Yang ni assorted truffle RM13.50/15pcs
yang ni harganya RM11.00 / 12 pcs


Wednesday, September 7, 2011

PROMOSI KELAS COKLAT

Untuk paparan yang lebih jelas, sila clik gambar

Tuesday, September 6, 2011

FAEDAH MEMAKAN COKLAT


Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan
KEBAIKAN LEMAK KOKO 
Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
- Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
- Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
- Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

COKLAT MENGANDUNGI TENAGA
Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

BERBAGAI RESIPI

OUR LOCATION

Loading...

WidgetBlogger Headline Animator