Tuesday, February 2, 2016

BERNIAGA DI RUMAH




Assalamualaikum semua warga SOHO atau WAHM seantero dunia semua..

Hari ni mak jemah nak share apa perasaan mak jemah sekarang ni. Mak jemah terlalu berangan nak jadi salah seorang ahli SOHO atau WAHM aka Small Office Home Office @ Work At Home Mother.. Memang bila dah menginjak usia awal 30an ni, perasaan untuk bekerja sendiri di rumah semakin membuak-buak. Lagi pulak bila tengok anak-anak semakin membesar, rasa kesian tengok diorang bila balik sekolah kena transit di tadika.. Boleh dikatakan hari-hari jugak la budak-budak tu dok merayu & memujuk mak jemah supaya berhenti kerja.. Bukan apa, diorang ni sebenarnya lebih suka menghabiskan masa di rumah. Maklum la, bila balik sekolah mesti diorang ni letih. nak bermanja & melepak atas tilam.. tapi bila kena hantar ke sekolah transit ni, bukan boleh buat semua tu.. agak terbatas la jugak.. 

Bila jadi macam tu mak jemah kerap juga berfikir apa business yang sesuai utk mak jemah buat bila dah berhenti kerja nanti. Rasanya nak resign macam tu jer tak boleh la kot. Hutang bank banyak nak kena setel.. nanti bila resign mcamna nak bayar pulak kan.. jenuh plak mak jemah nak lari dari bank.. tak larat nak jawab phone call dari depa weii.. 

Ni ha antara perkara yang mak jemah perlu amik berat bila dah buat keputusan muktamad nih.. tips & trick yang mesti mak jemah kena buat kalau nak jadi SOHO @ WAHM yang berjaya.. chewahhh..   :)

Kredit kat aotribe.com.my.. saya pinjam artikel beliau agar saya boleh rujuk kembali di masa akan datang.. thanks aotribe.com.my... hihi... 

1. Mulakan Harian Anda Sama Seperti Anda Bekerja Di Pejabat
Seperti biasa, bangun awal pagi, mandi, sarapan, pakai pakaian yang kemas serta tetapkan pemikiran positif. Menetapkan rutin harian seperti gaya seorang usahawan profesional lakukan – ia akan membantu anda menaikkan lagi minda yang produktif dan proaktif.
2. Memiliki Mini Pejabat Di Rumah
Bukan senang hendak melakukan kerja tanpa gangguan dari sekeliling. Salah satu cara untuk atasi masalah ini adalah dengan membina satu ruang khas yang boleh direka bentuk kelihatan seperti bilik pejabat. Anda boleh menghias mini pejabat ini mengikut kemahuan anda. Jadikan pejabat kelihatan seceria yang boleh kerana anda akan meluangkan masa yang lama membuat kerja bisnes di dalamnya.
Lengkapkan mini pejabat dengan barang-barang keperluan asas seperti komputer, mesin pencetak dan telefon. Tetapkan peraturan mini pejabat, sebagai contoh tidak dibenarkan orang lain memasukinya jika tidak mempunyai urusan penting. Peraturan yang disediakan tidak perlu terlalu ketat seperti pejabat sebenar, cukup sekadar untuk anda mendapat fokus sewaktu kerja sedang dilakukan di dalamnya.
3. Mula 30 Minit Lebih Awal
Ini merupakan trik berharga yang dikongsi oleh ramai jutawan. Contoh, jika anda bercadang untuk melakukan kerja bisnes harian bermula pukul 9.00 pagi ini bermakna anda perlu berada di dalam mini pejabat pada pukul 8.30 pagi.
Gunakan 30 minit awal ini dengan sebaik mungkin. Anda boleh mula merangka kerja-kerja yang perlu dilakukan pada hari tersebut dengan cara menulis di atas kertas – jadikan kertas ini sebagai senarai semak. Jika masih mempunyai masa terluang, anda boleh melayari internet dan media social untuk mencari info yang berguna atau mencari bahan-bahan yang boleh menambah tenaga positif diri anda. Tonton video-video lucu yang boleh menceriakan anda, secara tidak langsung ini akan membantu anda bermula kerja dengan keadaan gembira dan tenang.
4. Pelan Kerja Mengikut Keutamaan
Susun kerja mengikut keutamaan, ini bermakna kerja yang mempunyai tarikh paling terdekat untuk dihantar ke pelanggan perlu disiapkan terlebih dahulu. Jangan tunda kerja walaupun kerja itu rumit, bina pelan kerja dengan teratur agar anda tidak menghadapi masalah dikemudian hari.
5. Kekal Berhubung Dunia Luar
Kerja di rumah kadang kala akan membuat anda berasa kesunyian, gunakan media social seperti Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan lain. Berborak dengan mereka sebentar untuk hilangkan stress diri, perbualan tidak semestinya berkaitan dengan bisnes, anda boleh borak apa-apa sahaja yang anda suka. Selesaikan kesunyian, kemudian sambung kerja semula.
6. Waktu Tamat Bekerja
Tetapkan waktu tamat bekerja. Ramai orang mampu bekerja 24 jam tanpa henti, tapi apa gunanya jika kerja tanpa henti yang boleh menyebabkan minda dan fizikal keletihan atau mungkin boleh mendatangkan masalah kesihatan. Waktu tamat bekerja terpulang mengikut kehendak anda, mungkin anda ingin tamat seperti waktu pejabat sebenar 5.30 petang atau awal dari kebiasaan seperti pukul 3.00 petang.
Jangan seksakan diri dengan beban kerja di rumah, anda mempunyai kuasa untuk menguruskan beban ini dengan sebijaknya. Ini kerana anda merupakan bos kepada diri anda!
SELAMAT BERJAYA MAK JEMAH.. HIHI  WISH KAT DIRI SENDIRI DULU K..

BERBAGAI RESIPI

OUR LOCATION

Loading...

WidgetBlogger Headline Animator